Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    FIFA umum senarai stadium untuk perlawanan Piala Dunia 2026

    GENEVA, 28 SEPT – FIFA pada kelmarin mengeluarkan senarai nama 16 stadium yang akan menjadi gelanggang untuk perlawanan sempena Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

    Piala Dunia 2026 bakal menjadi penganjuran pertama yang berlangsung di tiga negara, dengan bilangan pasukan yang mengambil bahagian dijangka meningkat daripada 32 pasukan kepada 48.

    Toronto dan Vancouver di Kanada akan menjadi tuan rumah, manakala di Mexico pula perlawanan akan diadakan di sebuah stadium masing-masing di Mexico City, Guadalajara dan Monterrey.

    Amerika Syarikat akan mengadakan perlawanan di 11 stadium iaitu di Seattle, San Francisco, Los Angeles, Kansas City, Dallas, Atlanta, Houston, Boston, Philadelphia, Miami dan New York/New Jersey. – Bernama

    Trofi Piala Dunia FIFA. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...