Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIGC harap liga kembali bulan Mei

    ROM, 19 APRIL Persatuan Bolasepak Itali (FIGC) berkata bahawa perlawanan kelab sepatutnya disambung ‘lewat Mei, awal Jun’, mengatakan mereka yang menyokong pembatalan yang mengejut musim ini ‘tidak menyukai bola sepak, atau orang Itali’.

    Presiden FIGC, Gabriele Gravina, berkata ia akan mengambil masa tiga minggu untuk membuat persiapan selepas tamat perintah berkurung koronavirus di negara itu, dijadualkan pada 4 Mei.

    “Jadi pada hujung bulan Mei, awal bula Jun, kita boleh mula,” dia memberitahu dalam radio Itali.

    “Mereka yang berkata mengenai pembatalan musim hari ini adalah mereka yang tidak menyukai bola sepak atau orang Itali, kerana mereka mengambil harapan masa depan dan untuk pulih,” jelas Gravina.

    “Saya harap semua orang akan boleh bermain di stadium mereka sendiri, jika ia adalah tidak boleh maka kami akan mencari jalan penyelesaian,” tambahnya.

    “Ia adalah momen yang sukar untuk negara kami, untuk ekonomi dan untuk bola sepak, yang mana salah sebuah industri yang paling penting,” katanya, dan menambah dia merasa yakin ‘kami akan mencari jalan yang betul.’

    Menurut akhbar Itali, Brescia dan Torino adalah dua buah kelab yang secara terang-terangan menentang keputusan liga supaya disambung.

    Bandar Brescia adalah salah sebuah bandar yang paling teruk terjejas oleh pandemik yang telah membunuh hampir 23,000 orang di Itali. – AFP

    Presiden FIGC, Gabriele Gravina berharap perlawanan kelab disambung pada lewat bulan Mei atau awal bulan Jun dan membidas mereka yang mahu musim ini ditamatkan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda