Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    FIH perlu lihat semula format Piala Dunia – MHC

    KUALA LUMPUR, 29 JAN – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menyeru Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) supaya melihat semula semula format pertandingan Piala Dunia 2023 semasa di Bhubaneswar, Rourkela, India.

    Berdasarkan format semasa, Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata adalah tidak adil bagi pasukan seperti Malaysia, yang mencatatkan lebih banyak kemena-ngan namun menamatkan kejohanan itu lebih rendah daripada pasukan yang mencatatkan satu kemenangan di India.

    Ketika impian Speedy Tigers untuk mara ke suku akhir musnah selepas tewas kepada Sepanyol 3-4 menerusi penentuan penalti shoot-out sudden death dalam saingan Crossover, Subahan percaya bahawa pasukan hoki Malaysia harus bermain untuk klasifikasi tempat ke-9-12 dan bukannya menentang Afrika Selatan untuk perlawanan klasifikasi tempat ke-9-16.

    “Afrika Selatan kalah setiap perlawanan dalam Kumpulan A dan akhirnya menamatkan saingan lebih tinggi daripada kami. Kita tidak boleh berbuat banyak kerana itu adalah peraturan FIH tetapi saya serius menyeru badan antarabangsa ini untuk melihat semula perkara ini kerana ia tidak adil.

    “Saya tidak percaya kami menamatkan 13, kami sepatutnya bermain untuk tempat 9-12,” katanya pada sidang media semasa Mesyuarat Eksekutif Lembaga MHC, hari ini.

    Skuad Speedy Tigers, kendalian A Arul Selvaraj, yang muncul naib juara Kumpulan C, kalah 3-6 kepada Afrika Selatan pada klasifikasi tempat kesembilan hingga 16, Khamis lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda