SUVA, 31 Jan – Fiji telah mencatat 69 kes leptospirosis pada musim ini, dengan empat kematian, kata Kementerian Kesihatan hari ini.
Kebanyakan kes leptospirosis yang dicatat setakat ini di Fiji pada bulan ini sahaja datang dari kawasan luar bandar, maka orang perlu bersikap lebih berhati-hati apabila berada dekat dengan haiwan, kata pegawai kementerian, menurut laporan di laman web berita Fiji Broadcasting Corporation.
Ketua Perlindungan Kesihatan dalam kementerian, Dr Aalisha Sahukhan, berkata dengan kes bertambah dicatat, pegawai perubatan sedang bekerjasama erat dengan keluarga.
“Mereka akan bertindak dari peringkat keluarga, melawat rumah dan memeriksa rumah berkenaan seterusnya memberikan nasihat kepada keluarga yang tinggal di sana mengenai langkah pencegahan termasuk mengekal kebersihan rumah, memastikan rumah bebas daripada haiwan untuk meminumkan penularan penyakit ini dalam komuniti itu sendiri.”
“Kami melihat kes dari seluruh Divisyen Utama, kami telah menerima kes dari Naitasiri, Rewa serta Serua dan Namosi dan kami melihat kes dari kawasan bandar serta beberapa kawasan luar bandar juga.”
Dr Sahukhan berkata mereka akan menjalani latihan ulang kaji mengenai garis panduan yang berkaitan dengan rawatan leptospirosis pada hari ini sebagai sebahagian daripada strategi pemantauan untuk membantu mengatasi isu berkenaan.
Kementerian telah menyeru komuniti di Divisyen Utama supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan mereka tidak mendekati haiwan pada musim hujan ini. – Xinhua