Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Fiji pertimbang hubungan keselamatan dengan China

    WELLINGTON, NEW ZEALAND, 7 JUN – Pemimpin Fiji hari ini menunjukkan negaranya sedang mempertimbangkan semula hubungan keselamatannya dengan China pada masa ketegangan geopolitik di Pasifik semakin meningkat.

    Perdana Menteri, Sitiveni Rabuka berkata Fiji sedang mengkaji perjanjian kerjasama polis yang dipertikaikan yang ditandatanganinya dengan China pada 2011 yang membenarkan pegawai polis China ditempatkan di Fiji.

    Semasa sidang akhbar di Wellington bersama rakan sejawatannya dari New Zealand, Chris Hipkins, Rabuka kelihatan mengambil satu langkah lebih jauh dengan merujuk kepada pemberhentian perjanjian Fiji.

    “Jika sistem dan nilai kita berbeza, apakah kerjasama yang boleh kita peroleh daripada mereka?” kata Rabuka merujuk kepada China.

    “Kita perlu melihat semula sebelum kita memutuskan sama ada kita kembali kepada perjanjian tersaebut, atau jika kita meneruskan cara yang kita ada pada masa lalu dengan bekerjasama dengan mereka yang mempunyai nilai dan sistem demokrasi yang serupa,” tambahnya.

    Rabuka berkata Fiji sedang memuktamadkan perjanjian pertahanan dengan New Zealand, yang dijangka selesai minggu depan. Beliau berkata perjanjian baharu itu akan membolehkan tentera Fiji membina kapasiti dan kemahiran serta terdedah kepada teknologi baharu.

    Beliau berkata terdapat banyak tumpuan geopolitik di rantau ini, tetapi negara-negara Pasifik hanya bimbang tentang ketenteraan apabila diplomasi dan perbincangan jirannya gagal.

    Fiji memperluaskan perjanjian kerjasama polis dengan China pada 2013 untuk merangkumi beberapa kerjasama ketenteraan, tetapi Rabuka kelmarin tidak langsung membincangkan perjanjian itu. China sebelum ini berkata perjanjian keselamatan itu telah memberi manfaat kepada Fiji dan ia berharap untuk terus bekerjasama. – AP

    Perdana Menteri Fiji, Sitiveni Rabuka (kanan) dan Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins semasa sidang media di Wellington, New Zealand, 7 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...