Tuesday, March 11, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filem animasi China Ne Zha 2 ditayang di Malaysia

    Filem blockbuster animasi China Ne Zha 2 ditayang di pawagam Malaysia di Menara Berkembar di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, pada Sabtu, lapor Xinhua.

    “Filem China semakin popular di pasaran Malaysia,” kata Tan Cheong Tatt, Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, semasa majlis tayangan perdana itu.

    TGV Cinemas adalah antara rangkaian pawagam utama di Malaysia. Tan Cheong Tatt menyatakan kualiti pengeluaran filem animasi China telah meningkat dengan ketara berbanding dahulu.

    Acara itu menarik lebih 1,000 hadirin, termasuk wakil budaya dan media dari Malaysia dan China, serta peminat tempatan.

    Tan Chiew Huong, seorang peminat tempatan, berkata selepas tayangan, “Setiap babak memaparkan kesan visual yang menakjubkan, seindah cerita dongeng.

    “Filem ini benar-benar hebat. Saya menangis beberapa kali semasa adegan paling emosional,” kata Swee Kai Lit, seorang lagi peminat tempatan, kepada Xinhua.

    Pengarah Urusan Encore Films Pte. Ltd, Joyce Lee, menyifatkan filem itu dihasilkan dengan teliti, dengan kesan visual canggih yang memikat penonton.

    “Tularnya filem ini di media sosial menunjukkan potensi pasaran yang kukuh di sini,” ujar Joyce Lee.

    Beliau menambah filem menjadi jambatan penting pertukaran budaya dan penonton pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia akan memahami budaya China dengan lebih mendalam melalui kisah itu. – Agensi

    Orang ramai menonton Ne Zha 2 dalam format 4D di sebuah pawagam di Daerah Dongcheng, Beijing, China, pada 16 Februari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda