LOS ANGELES, 28 APRIL – Michelle Obama akan membintangi dalam filem dokumentari baharu yang bakal disiarkan minggu depan yang menyusuli jelajah buku global bekas wanita pertama untuk memoir popularnya, kata Netflix semalam.
‘Becoming,’ dilancarkan pada 6 Mei, adalah kolaborasi terbaharu Obama dengan syarikat penstriman selepas ‘American Factory’ pada tahun lalu, yang memenangi anugerah dokumentari terbaik pada Februari.
Filem itu ‘berkongsi kisah orang yang mengagumkan yang saya temui selepas pengeluaran memoir saya,” tulis Obama di Twitter berikutan pengumuman mengejutkan semalam. “Pada masa sukar ini, saya berharap anda akan mendapat inspirasi dan kegembiraan dalam filem ini.” Buku dengan judul yang sama oleh Obama – wanita pertama dan isteri Afrika Amerika presiden kulit hitam AS pertama – menjadi sensasi selepas penerbitannya pada 2018, menjual lebih daripada dua juta naskhah di Amerika Utara dalam dua minggu. – AFP
