Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filem-filem‘rahsia’ Afghanistan beralih digital

    KABUL – Ketika kumpulan Taliban menyerang syarikat perfileman milik negara Afghanistan pada pertengahan tahun 1990-an, yang bertujuan untuk menghancurkan kesemua filem-filem yang ada, Habibullah Ali telah mempertaruhkan segalanya untuk menyelamatkannya.

    Dia menyembunyikan beribu-ribu gulungan rakaman yang mempamerkan sejarah budaya Afghanistan dan mengetahui bahawa jika Taliban mendapat tahu mengenai, dia pasti menerima padah atau mati.

    “Kami tidak menyangka kami akan meninggalkan rumah kami pada hari itu,” kata Ali kepada AFP.

    “Jika mereka mendapati yang kami telah menyembunyikan filem-filem tersebut, mereka pasti akan membunuh kami.”

    Taliban adalah sangat ultra-konservatif – yang mengharamkan apa jenis alat hiburan popular, termasuk pawagam dan muzik, semasa pemerintahan brutal mereka pada tahun 1996-2001 – membakar beberapa gulungan filem sebelum beralih pergi.

    Tetapi mereka gagal menemui kira-kira 7,000 buah filem berharga yang mana Ali dan rakan-rakannya telah menyembunyikannya di pelbagai tempat di seluruh premis Perfileman Kabul, Afganistan.

    Dua dekad kemudian ‘reel’ filem-filem tersebut – termasuklah filem-filem lama dan imej-imej dokumetari Afgha-nistan sebelum ianya dimusnahkan oleh kerana keganasan – sedang giat untuk diproses kepada pendigitalan.

    Projek selama bertahun-tahun itu akan dapat menghidupkan semula ciri-ciri perfileman Afganistan, yang fokus kepada cerita cinta berbanding peperangan, dan cuba memperkenalkan sesuatu yang baru kepada golongan muda Afghanistan iaitu keamanan.

    Pekerja sedang mendigitalkan filem lama. – AFP
    Gulungan filem yang akan didigitalkan ke dalam arkib Jabatan Perfileman Afghanistan.
    – AFP
    Pekerja digitalisasi filem di Jabatan Perfileman Afghanistan yang dikendalikan oleh kerajaan di Kabul. – AFP
    Seorang pekerja bersedia untuk membuat imbasan bagi sebuah filem di bilik projektor di Jabatan Perfileman Afghanistan. – AFP

    “Kami sangat takut tetapi berkat kuasa Tuhan, kami mampu menyelamatkan filem-filem yang ada dan kini kami dapat menghidupkan budaya kami,” kata Ali berusia 60 tahun, yang pernah bekerja di Perfileman Afghanistan selama 36 tahun.

    Digitalisasi rakaman – yang mempunyai puluhan ribu jam – sedang dipantau oleh pengarah umum Perfileman Afghanistan, Mohammad Ibrahim Arify.

    “Gulungan filem-filem tersebut telah disembunyikan di dalam tin yang bertanda filem India atau Barat, dan kemudiannya ditempatkan dan ditanam di dalam tanah,” kata Arify kepada AFP.

    “Kebanyakannya tersimpan di dalam bilik-bilik yang ditutupi dengan tembok bata dan di siling tiruan. Mereka telah menggunakan pelbagai jenis cara,” tambahnya sambil tersenyum.

    Arify mengatakan bahawa mereka mempunyai 32,000 jam dari 16 milimeter filem dan juga 8,000 jam dari 35 milimeter filem, namun pengkatalogan masih diteruskan, kerana penduduk terus menyiarkan filem mereka yang telah disembunyikan daripada Taliban.

    “Saya tidak boleh mengatakan bahawa kami akan dapat menyelesaikan 50,000 atau 100,000 jam,” katanya, yang dikelilingi oleh rak-rak yang disusun dengan tin perak yang mengandungi gulungan filem.

    Proses pendigitan adalah satu proses yang memakan masa. Pertama gulungan filem itu perlu dibersihkan bagi mengeluarkan habuk-habuk dan calar.

    Kemudian filem itu ditonton menggunakan projektor. Nama, tarikh dan nombor reel filem itu dikatalogkan, dan kemudian diklasifikasikan sebagai sebuah filem atau dokumentari.

    Akhirnya, reel filem ini dioperasikan melalui sebuah mesin yang mana dipindahkan ke dalam bentuk digital, dari satu rangka ke satu rangka yang lain.

    “Jika ianya satu filem panjang, proses keseluruhannya boleh mengambil masa sehingga empat hari. Jika imej itu berbentuk berita, ia hanya mengambil masa satu hari,” kata pegawai M. Fayaz Lutfi.

    Projek ini bermula tahun ini dan Arify berharap seluruh penyimpanannya itu dapat diselesaikan dalam masa dua tahun.

    “Kami sangat berbangga dengan apa yang kami lakukan kerana kami dapat menghidupkan semula budaya Afghanistan yang telah mati, dengan memindahkan visual sejarah negara ini kepada digital,” kata Lutfi, 27, kepada AFP.

    Filem-filem terbitan negara Afghanistan pada 1970-an adalah sangat popular di kalangan rakyat Afghanistan.

    Filem bahasa Parsi dan Pashto telah memberi tumpuan kepada tema-tema filem cinta, kebudayaan dan persahabatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda