Saturday, February 1, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filem Garfield ungguli carta Box Office

    Filem The Garfield Movie mendominasi carta Box Office Amerika Utara pada minggu kedua ia ditayangkan, manakala filem Furiosa: A Mad Max Saga jatuh ke tangga ketiga, menurut anggaran industri Ahad lalu.

    Kedua-dua filem Garfield dan Furiosa bersaing untuk kedudukan teratas semasa cuti hujung minggu Memorial Day, dan akhirnya, prekuel Mad Max yang dibintangi Anya Taylor-Joy berjaya menduduki tempat pertama.

    Namun minggu ini, filem animasi terbitan Sony tentang kucing malas yang gemar lasagna itu, dibintangi oleh Chris Pratt (bintang Guardians of the Galaxy) sebagai kucing jingga itu, dijangka memenangi carta dengan jualan tiket sebanyak AS$14 juta, menurut Exhibitor Relations.

    Naik semula ke tempat kedua ialah filem animasi terbitan Paramount, If, yang dibintangi oleh Cailey Fleming sebagai seorang gadis muda yang, bersama jiran Ryan Reynolds, memulakan pengembaraan untuk menghubungkan semula rakan sepermainan yang dilupakan dengan anak-anak mereka.

    Filem If meraih AS$10.8 juta, mengatasi Furiosa terbitan Warner Bros – siri kelima dalam siri aksi pasca-apokaliptik Mad Max arahan pengarah Australia, George Miller – dengan kutipan AS$10.75 juta.

    Tempat keempat sekali lagi dihuni filem aksi sains fiksyen terbitan 20th Century, Kingdom of the Planet of the Apes, dengan kutipan berjumlah AS$8.8 juta, dan tempat kelima pula diduduki oleh filem komedi aksi Universal, The Fall Guy, yang dibintangi Ryan Gosling dan Emily Blunt, dengan kutipan AS$4.2 juta. – AFP

    Barisan pelakon The Garfield Movie, bergambar ketika mereka tiba untuk tayangan perdana filem tersebut di TCL Chinese Theatre di Hollywood. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda