Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filem mengenai White Helmets menangi Oscar

    BEIRUT, 27 Feb – Sebuah filem tentang White Helmets, Syria, pasukan penyelamat yang membahayakan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang awam yang terperangkap dalam peperangan yang memusnah di negara itu, telah berjaya membawa pulang Oscar bagi dokumentari pendek terbaik semalam.

    Filem terbitan Netflix berjudul “The White Helmets” diarahkan oleh Orlando von Einsiedel, dan mengalahkan sebuah lagi dokumentari pendek tentang konflik Syria, “Watani: My Homeland”.

    Namun anggota kumpulan itu termasuk sinematografi yang banyak merakamkan rakaman, Khaled Khatib, tidak dibenarkan memasuki AS bagi menghadiri majlis anugerah Oscar itu.

    Para anggota kumpulan itu berkata melalui Twitter mereka telah menanti selama tiga hari di lapangan terbang tetapi tidak dibenarkan menaiki penerbangan.

    Perkhidmatan Perlindungan Sempadan dan Kastam AS berkata hanya mereka tidak mempunyai dokumen sah.

    Salah satu rakaman yang menunjukkan salah seorang petugas White Helmets menyelamatkan seorang kanak-kanak di Syria. - AFP
    Salah satu rakaman yang menunjukkan salah seorang petugas White Helmets menyelamatkan seorang kanak-kanak di Syria. – AFP

    Pengalaman pahit itu berlaku ketika Presiden AS Donald Trump telah mengehadkan visa bagi warga Syria dan juga warga-warga sebilangan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

    Raed Saleh, ketua kumpulan penyelamat itu, juga tidak dapat menghadiri tetapi berkata dalam satu kenyataan bahawa White Helmets telah menyelamatkan lebih 82,000 jiwa orang awam.

    “Saya menjemput semua orang di sini yang mendengarkan saya supaya memperjuangkan sisi kehidupan, supaya menghentikan pertumpahan darah di Syria dan di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh pengarah filem itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda