Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filem tampil kereta elektrik pertama Porsche

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Porsche Brunei, yang diwakili oleh QAF Prestige sebagai pengimport dan pengedar sah, telah memperkenalkan kempen baharu yang menampilkan kenderaan elektrik sepenuhnya, Porsche Taycan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Porsche Brunei, kempen Evolve with Taycan itu yang menonjolkan kuasa inspirasi impian telah diabadikan dalam filem baharu sempena meraikan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk negara, Wawasan Brunei 2035.

    “Pada mulanya, saya melihat sekeliling dan tidak menemui kereta yang saya impikan, jadi saya memutuskan untuk membinanya sendiri.”

    Apabila Ferry Porsche tidak menemui kereta sport yang diidamkannya, beliau menyahut cabaran untuk membinanya sendiri. Semangat perintis itu masih mentakrifkan Porsche hari ini, sebagai jenama untuk mereka yang didorong oleh impian.

    Diilhamkan oleh prinsip panduan itu, Porsche Brunei melancarkan kempen itu untuk menggalakkan negara supaya tidak berhenti menerokai impian mereka.

    Kereta elektrik pertama Porsche dilihat dalam kempen Evolve with Taycan.

    Ia berdasarkan inisiatif Discovering Dreams pada 2022, yang berusaha untuk memotivasikan belia mengekalkan impian mereka.

    Kenyataan menjelaskan, filem baharu itu menampilkan kereta sport elektrik sepenuhnya pertama daripada Porsche iaitu Taycan yang dihasilkan di tapak neutral CO2 di Stuttgart-Zuffenhausen dan menampilkan rangkaian kuasa sifar pelepasan.

    Elemen impian, budaya dan komuniti bersatu dalam filem itu, untuk menyampaikan mesej yang memberi kesan sambil mempamerkan perjalanan pelanggan Taycan yang lancar dengan Porsche Brunei.

    Filem itu juga dikaitkan dengan Wawasan Brunei 2035 dan pemuliharaan persekitaran semula jadi, habitat budaya dan keharmonian sosial Brunei untuk mencapai kualiti hidup yang tinggi.

    Porsche Brunei berharap untuk terus memberi inspirasi kepada negara untuk tabah mengharungi cabaran dan merealisasikan impian pada 2023 dan seterusnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda