Wednesday, July 3, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Filem terbaru Donnie Yen cabar kreativiti

    Kali terakhir muncul di layar perak sekitar 2021, Donnie Yen membuka tirai 2023 dengan filem terbaharu, Sakra. 

    Filem arahannya itu menceritakan tentang adiwira terhormat, Qiao Feng yang sekelip mata hilang kepercayaan penyokongnya selepas dituduh mempunyai darah suku Khitan, yang membuatkan dia dipulaukan dan terasing. 

    Donnie menyifatkan Sakra sebagai antara  filem paling mencabar pernah dilakonkan dan diarahkannya. 

    Pelakon kelahiran Hong Kong ketika ditemui, baru-baru ini berkata, Sakra diambil berdasarkan karakter yang diadaptasi daripada sebuah novel Wuxia yang membawa maksud adiwira. 

    “Novel ini sinonim dengan masyarakat Cina seluruh dunia. Pada awalnya, saya rasa mustahil untuk saya terjemahkan seluruh penceritaan Wuxia dalam  filem yang berdurasi lebih dua jam. 

    Donnie Yen, sebagai pelakon dan juga pengarah dalam filem terbarunya, Sakra, merasa tugasnya kali ini sangat mencabar kreativiti dirinya. – Agensi

    “Ia umpama menceritakan sastera William Shakespeare dalam sebuah  filem. Namun saya berjaya mencapai matlamat yang disasarkan untuk  filem ini,” katanya. 

    Donnie berkata, dia menyedari keinginan peminat yang sentiasa ingin melihat sentuhan dan kreativitinya dalam setiap filem yang dihasilkan.

    Kata Donnie, meskipun mencabar, dia sedaya upaya berusaha merealisasikan hasrat peminat yang akan ke pawagam menonton  filem itu nanti. 

    “Sudah lebih 40 tahun saya dalam bidang ini dan peminat tentunya mahu melihat sentuhan dan kreativiti dalam setiap filem yang saya arah atau lakonkan.  Untuk mencapai matlamat tersebut, saya perlu memastikan arah tuju dalam setiap filem yang saya hasilkan tidak tersasar. 

    “Perkara itu boleh dicapai dengan penglibatan secara menyeluruh, termasuk pasukan belakang tabir,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kebakaran gas di lombong arang batu Australia berlarutan tiga hari

    SYDNEY, 3 JULAI – Sebuah lombong arang batu utama di Australia masih mengalami kebakaran gas bawah tanah yang telah berlarutan selama tiga hari selepas...