Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina akan lancar sistem e-visa

    MANILA, 5 JULAI – Filipina akan melancarkan sistem e-visa ‘dalam suku ketiga’ untuk memudahkan kemasukan pelancong dan ahli perniagaan asing ke negara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri mengumumkan hari ini.

    Sistem e-visa itu akan membolehkan warga asing memohon visa Filipina secara dalam talian, kata Timbalan Setiausaha Rendah Luar Negara, Jesus Domingo pada sidang akhbar, sambil menambah bahawa sistem baharu itu akan menjadikan proses permohonan lebih cepat, cekap dan mudah.

    Awal tahun ini, Presiden Ferdinand Romualdez Marcos mengarahkan agensi-agensi kerajaan melanjutkan e-visa untuk pelancong dari pasaran pelancongan utama di Asia bagi meningkatkan pemulihan sektor itu.

    Sebagai pemacu ekonomi utama, sumbangan industri pelancongan kepada keluaran dalam negara kasar Filipina berjumlah 12.7 peratus pada 2019. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda