Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina-AS mulakan latihan ketenteraan terbesar

    MANILA, 21 APRIL – Tentera Filipina dan Amerika Syarikat (AS) hari ini memulakan latihan bersama selama tiga minggu yang akan mensimulasikan ‘senario pertempuran besar-besaran’, ketika kedua-dua sekutu itu berusaha untuk menyekat cita-cita Beijing
    di wilayah Laut China Selatan yang dipertikaikan.

    Seramai 17,000 anggota dijangka menyertai latihan tahunan ‘Balikatan’, atau dalam bahasa tempatan bermaksud berganding bahu, yang buat pertama kalinya akan merangkumi simulasi pertahanan udara dan peluru berpandu bersepadu, dan bakal dihadiri oleh Presiden Ferdinand Marcos.

    Sistem senjata canggih milik AS, termasuk sistem peluru berpandu anti-kapal NMESIS, juga akan digunakan, termasuk berhampiran lokasi laluan penting di perairan yang memisahkan utara Filipina dengan Taiwan.

    “Kami akan membuktikan bukan sahaja keazaman kami dalam mempertahankan perjanjian pertahanan bersama yang telah wujud sejak 1951, tetapi juga kemampuan luar biasa kami untuk melaksanakannya,” kata Leftenan Jeneral Kor Marin AS, James Glynn, pada majlis pembukaan di Manila, hari ini.

    “Tiada apa yang mampu membina hubungan lebih kukuh dan cepat daripada cabaran yang dihadapi bersama,” tambahnya, tanpa menyebut ancaman bersama yang dimaksudkan. – ANN/The Star

    Anggota tentera AS dan Filipina membawa bendera kebangsaan masing-masing semasa majlis pembukaan latihan ketenteraan tahunan di kem Aguinaldo, Manila, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda