Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Filipina beli lima kapal pengawal pantai buatan Jepun

    MANILA, 17 MEI – Filipina telah bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila hari ini, ketika negara Asia Tenggara itu menghadapi tekanan dari China yang semakin meningkat di Laut China Selatan.

    Jepun akan memberi pinjaman kepada Filipina sebanyak AS$413 juta untuk membeli lima Kapal Tindak Balas Pelbagai Peranan (MRRV) sepanjang 97 meter dan membayar untuk ‘pembangunan kemudahan sokongan yang diperlukan’, kata kementerian luar dalam satu kenyataan.

    “Ini akan menyokong PCG dalam me-ningkatkan keupayaannya untuk operasi maritim khususnya dalam menangani jenayah rentas negara,” kata kenyataan itu, merujuk kepada Pengawal Pantai Filipina.

    Tokyo ialah penyedia utama bantuan pembangunan luar negara kepada Filipina.

    Pengawal Pantai Filipina (PCG) kini mempunyai dua kapal peronda sepanjang 97 meter sebagai sebahagian daripada armada yang dilihat tidak mencukupi untuk mengawal perairan di sekitar negara kepulauan yang luas itu. – AFP

    Gambar fail bertarikh 1 Jun 2022 menunjukkan kakitangan PCG mengendalikan garisan dok ketika MRRV yang baharu diperoleh oleh pengawal pantai, BRP Melchora Aquino (MRRV-9702) tiba dari Jepun di pelabuhan antarabangsa di Manila. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...