Thursday, December 19, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina benarkan Barbie ditayangkan dengan syarat

    MANILA, 12 JULAI – Badan penapisan Filipina hari ini berkata mereka membenarkan filem Barbie ditayangkan di pawagam-pawagam, selepas meminta pengedar Hollywood mengaburkan garis pada lukisan peta dunia berwarna terang yang didakwa menunjukkan tuntutan China terhadap Laut China Selatan yang dipertikaikan.

    Filem komedi fantasi mengenai anak patung terkenal itu, diarahkan Greta Gerwig dan dibintangi oleh Margot Robbie dan Ryan Gosling, bakal mula ditayangkan di negara itu pada 19 Julai.

    Selepas memeriksa semula filem itu dua kali dan berunding dengan pegawai hal ehwal luar negeri dan pakar undang-undang, Lembaga Semakan dan Klasifikasi Filem dan Televisyen kerajaan berkata ia akan membenarkan filem tersebut ditayangkan.

    Badan penapisan berkenaan mula meneliti Barbie minggu lalu selepas Vietnam dilaporkan mengharamkan filem itu disebabkan adegan yang memaparkan peta yang menunjukkan garisan sembilan sempang, yang digunakan China untuk mewajarkan tuntutan maritimnya.

    Beijing menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, meskipun tuntutan saingan daripada negara Asia Tenggara lain termasuk Filipina, Malaysia dan Vietnam.

    Tetapi selepas penelitian terperinci terhadap filem itu, penapis Filipina yakin bahawa ‘peta kartun’ itu tidak menggambarkan garisan sembilan sempang.

    “Sebaliknya, peta itu menggambarkan laluan perjalanan Barbie dari Barbie Land ke ‘dunia nyata,’ sebagai bahagian penting dalam cerita,” kata lembaga penapisan dalam satu kenyataan. – AFP

    Set Barbie dipamerkan untuk tayangan perdana dunia filem Barbie di Auditorium Shrine, Los Angeles, pada 9 Julai lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda