Saturday, November 16, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina beri amaran fenomena El Nino mulai Jun

    MANILA, 2 MEI – Biro cuaca Filipina hari ini memberi amaran bahawa fenomena El Nino diramal berlaku dari Jun hingga Ogos tahun ini dan berlarutan sehingga suku pertama 2024.

    “Keadaan terkini dan ramalan menunjukkan El Nino mungkin berlaku  pada Jun-Ogos dengan 80 peratus kebarangkalian dan mungkin berterusan sehingga suku pertama 2024,” menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geo-fizik dan Astronomi Filipina (PAGASA), lapor Xinhua.

    Berdasarkan perkembangan itu, amaran El Nino secara rasminya dikeluarkan, menurut biro berkenaan.

    El Nino menyaksikan suhu permukaan laut yang lebih panas daripada purata di Pasifik khatulistiwa tengah dan timur.

    Fenomena El Nino menyebabkan kemungkinan hujan berkurangan berbanding kelaziman dan seterusnya mencetuskan kesan negatif seperti musim kering dan kemarau.

    Bagaimanapun, hujan luar biasa dijangkakan berlaku di bahagian barat negara itu. – Bernama

    Pekerja menurunkan beg ais semasa gelombang panas, di Bangkok pada 25 April lalu. Selain Thailand yang berdepan panas pada masa ini, Filipina turut memberi amaran fenomena El Nino bermula Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda