Saturday, December 28, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina beri amaran potensi banjir, tanah runtuh akibat Taufan Mawar

    MANILA, 29 MEI – Pegawai-pegawai Filipina mula memindahkan ratusan penduduk kampung, menutup sekolah dan pejabat dan mengenakan larangan tidak belayar hari ini disebabkan Taufan Mawar yang menghampiri wilayah utara negara itu.

    Ribut tersebut, yang dinamakan Betty, tidak dijangka mendarat di kawasan pergunungan. Tetapi peramal memberi amaran bahawa taufan itu akan menjadi perlahan di wilayah paling utara Batanes dari hari Selasa hingga Rabu dan boleh menyebabkan gelombang pasang berbahaya, banjir kilat dan tanah runtuh apabila ia melanda.

    Taufan Mawar sedang bergerak ke barat laut di Lautan Pasifik kira-kira 525 kilometer (326 batu) ke timur bandar pantai Aparri di wilayah Cagayan dengan angin berkelajuan maksimum 155 km/jam (96 batu/jam) dan tiupan sehingga 190 km/jam (118 batu/jam). – AP

    Gambar satelit yang disediakan oleh Maxar Technologies menunjukkan kawasan yang rosak di Dededo, Guam, 26 Mei lalu, selepas Taufan Mawar melanda wilayah terpencil A.S. Pasifik. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda