PULAU THITU, 1 DIS – Filipina hari ini berkata ia sedang menubuhkan stesen pengawal pantai di pulau terbesar yang dikawalnya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, bagi meningkatkan pemantauan terhadap kapal-kapal China yang menegaskan tuntutan Beijing di perairan itu.
Penasihat Keselamatan Negara, Eduardo Ano membuat pengumuman itu semasa lawatan ke Pulau Thitu yang dikuasai Filipina, yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Spratly yang hangat dipertikaikan.
Stesen pengawal pantai akan dilengkapi dengan ‘sistem-sistem canggih’, termasuk radar, komunikasi satelit, kamera pantai dan pengurusan trafik kapal, kata Ano.
Stesen itu telah dibina dan dijangka beroperasi awal tahun hadapan.
“Sistem ini akan meningkatkan keupayaan PCG untuk memantau pergerakan tentera maritim China, negara-negara lain yang mungkin akan datang ke sini dan juga kapal dan pesawat awam kita sendiri,” kata Ano, merujuk kepada Pengawal Pantai Filipina (PCG). – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/12/P11-2A-AP_02122023.jpg)