Filipina catat 1,639 kes, 27 kematian

MANILA, 20 NOV – Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina hari ini melaporkan 1,639 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu kepada 415,067.

DOH berkata lebih 305 pesakit kini kembali sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 375,237. Manakala angka kematian meningkat kepada 8,025 selepas 27 lagi pesakit meninggal dunia akibat wabak itu.

Jurucakap presiden, Harry Roque berkata kerajaan mendapati bahawa hasil tinjauan Stesen Cuaca Sosial (SWS) yang dilakukan dari 17 hingga 20 September, menunjukkan 66 peratus penduduk dewasa negara itu bersedia untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

“Kami berharap akan ada peningkatan yang signifikan dalam jumlah penduduk Filipina yang bersedia mendapatkan vaksin COVID-19. Presiden Rodrigo Duterte turut menggesa semua penduduk Filipina untuk mendapatkan vaksin, dengan keutamaan diberikan kepada penduduk miskin dan golongan yang paling terjejas,” tambahnya.

Carlito Galvez, ketua pelaksana rancangan tindakan kebangsaan untuk memerangi COVID-19, menekankan perlunya kempen maklumat awam bagi meningkatkan kefahaman orang ramai untuk mendapatkan vaksin. – Xinhua