Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina catat 233 kematian akibat denggi sejak Januari

    MANILA, 16 JULAI – Filipina telah mencatatkan 233 kematian akibat denggi dari Januari hingga 29 Jun tahun ini ketika kes meningkat di tengah-tengah musim hujan, kata Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu, hari ini.

    Penolong Setiausaha Kesihatan, Albert Domingo berkata DOH merekodkan 90,119 kes denggi dari Januari hingga 29 Jun, meningkat 19 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lapor Xinhua.

    Domingo berkata tujuh daripada 17 wilayah di negara itu telah menunjukkan peningkatan kes denggi.

    Sementara itu, Setiausaha Kesihatan Filipina, Teodoro Herbosa menekankan keperluan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dengan membuang air bertakung dalam komuniti.

    Beliau juga menekankan kepentingan mendapatkan rawatan perubatan segera bagi gejala kerana diagnosis awal dan rawatan adalah kunci pengurusan denggi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda