MANILA, 13 OGOS – Kejadian gempa bumi dengan magnitud awal 5.7 menggegarkan wilayah Batanes di utara Filipina awal hari ini, menurut kenyataan Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Institut tersebut berkata gempa tersebut, kira-kira jam 9:43 pagi waktu tempatan, berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 38 kilometer barat daya bandar Sabtang.
Institut itu berkata gempa tektonik itu akan mencetuskan gegaran susulan tetapi tidak menyebabkan kerosakan. Ia menambah gempa itu dirasai di wilayah Ilocos Norte.
Filipina sering dilanda gempa disebabkan lokasinya di sepanjang ‘Lingkaran Api’ Pasifik.- Xinhua










