Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina gantung kemasukan pelancong divaksinasi

    MANILA, 29 NOV – Filipina menggantung sementara keputusan untuk membenarkan kemasukan pelancong divaksinasi dalam usahanya untuk mencegah varian koronavirus baharu yang mudah bermutasi, di negara di mana kebanyakan penduduknya masih belum ramai divaksin.

    Ia dibuat ketika negara Asia Tenggara itu hari ini melancarkan kempen vaksinasi tiga hari menyasarkan sembilan juta orang dari usia semuda 12 tahun dalam usahanya mempercepatkan suntikan vaksin. Setakat ini negara itu belum melaporkan sebarang kes varian Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan sejak itu merebak ke seluruh dunia.

    Manila mengumumkan rancangan pembukaan minggu lalu bagi pelancong yang divaksinasi lengkap dari kebanyakan negara, dengan kemasukan bermula 1 Disember ketika ia berusaha menghidupkan semula ekonomi negara yang terjejas teruk.

    Namun pasukan khas COVID-19 kerajaan menterbalikkan keputusan itu pada hujung minggu ketika ia menggantung penerbangan dari tujuh buah negara Eropah, selain satu larangan awal sebelumnya dari beberapa negara Afrika.

    “IATF menganggap ia perlu untuk menggantung kemasukan pelancong asing, memandangkan kebimbangan dunia terhadap varian Omicron,” kata Pesuruhjaya Biro Imigresen, Jaime Morente hari ini, menggunakan nama singkatan pasukan khas itu. – AFP

    Seorang petugas kesihatan menyediakan vaksin Pfizer di dalam sebuah kompleks membeli-belah di Manila City ketika Filipina melancarkan kempen vaksinasi tiga hari menyasarkan sembilan juta orang. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda