Monday, July 14, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina gantung vaksin denggi

    Seorang jururawat menunjukkan vaksin anti-denggi Dengvaxia pada 4 April 2016. Pihak berkuasa Filipina telah menghentikan penggunaan vaksin itu selepas pengeluarnya memberi amaran ia mungkin menyebabkan penyakit tersebut bertambah teruk dalam sesetengah kes. – AFP

    MANILA, 2 Dis – Filipina berkata hari ini ia telah menggantung penggunaan vaksin untuk virus denggi selepas pengeluarnya mengingatkan ia mungkin menyebabkan penyakit tersebut bertambah teruk dalam sesetengah kes.

    Syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi mengumumkan pada Rabu bahawa vaksin denggi yang pertama di dunia boleh membawa kepada gejala yang lebih teruk untuk orang yang belum dijangkiti sebelum ini.

    Filipina telah memvaksinkan lebih daripada 700,000 kanak-kanak dengan Dengvaxia sejak 2016 apabila ia menjadi negara pertama yang mula menggunakannya secara besar-besaran. (Klik di sini untuk berita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda