BANGKOK, 21 OKT – Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura hari ini hingga esok sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Menurut Kementerian Luar Thailand (MFA), sepanjang lawatan itu Sihasak dijadual me-ngadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian
Balakrishnan serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lawrence Wong.
“Mesyuarat ini akan menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama Thailand-
Singapura dalam semua bidang, khususnya dalam sektor perdagangan, pelaburan bernilai tinggi dan industri masa depan,” menurut MFA dalam kenyataan hari ini.
MFA turut memaklumkan kedua-dua pihak dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Sihasak juga dijadual bertemu wakil sektor swasta Singapura bagi menggalakkan peningkatan pelaburan negara itu di Thailand.
Selain itu, Menteri Luar Thailand dan rakan sejawatnya dari Singapura akan bersama-sama mempengerusikan Pertukaran Perkhidmatan Awam ke-15 (CSEP).
Edisi ke-15 CSEP itu diadakan dengan tema ‘Partners in Progress, Shaping a Green and Digital Future’, yang menekankan komitmen kedua-dua negara terhadap kerjasama berpandangan ke hadapan serta penerokaan sektor baharu.
CSEP yang diperkenalkan pada BANGKOK, 21 OKT – Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura hari ini hingga esok sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Menurut Kementerian Luar Thailand (MFA), sepanjang lawatan itu Sihasak dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lawrence Wong.
“Mesyuarat ini akan menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama Thailand-Singapura dalam semua bidang, khususnya dalam sektor perdagangan, pelaburan bernilai tinggi dan industri masa depan,” menurut MFA dalam kenyataan hari ini.
MFA turut memaklumkan kedua-dua pihak dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Sihasak juga dijadual bertemu wakil sektor swasta Singapura bagi menggalakkan peningkatan pelaburan negara itu di Thailand.
Selain itu, Menteri Luar Thailand dan rakan sejawatnya dari Singapura akan bersama-sama mempengerusikan Pertukaran Perkhidmatan Awam ke-15 (CSEP).
Edisi ke-15 CSEP itu diadakan dengan tema ‘Partners in Progress, Shaping a Green and
Digital Future’, yang menekankan komitmen kedua-dua negara terhadap kerjasama berpandangan ke hadapan serta penerokaan sektor baharu.
CSEP yang diperkenalkan pada 1997 merupakan rangka kerja dua hala utama di bawah ‘Singapore-Thailand Enhanced Partnership (STEP)’, berfungsi sebagai platform bagi pegawai perkhidmatan awam kedua-dua negara berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh kerjasama dalam projek berkepentingan bersama. – Bernama 1997 merupakan rangka kerja dua hala utama di bawah ‘Singapore-Thailand Enhanced Partnership (STEP)’, berfungsi sebagai platform bagi pegawai perkhidmatan awam kedua-dua negara berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh kerjasama dalam projek berkepentingan bersama. – Bernama

