MANILA, 18 NOV – Filipina telah membuat penghantaran pertama avokado Hass ke Jepun, kata Menteri Pertanian Filipina, Francisco Tiu Laurel kelmarin.
Filipina menjadi negara pertama di Asia yang mengeksport avokado Hass ke Jepun, kata Atase Pertanian Tokyo, Aleli Maghirang.
“Ini memberikan peluang terbaik kepada pengeluar tempatan untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat di Jepun terhadap buah-buahan segar.”
Pengarah Biro Industri Tanaman, Glenn Panganiban berkata ia mengambil masa lebih satu dekad untuk mendapatkan akses pasaran Jepun bagi avokado Hass.
Varieti avokado Hass, amat digemari kerana saiznya yang lebih kecil dan kulit berbintik yang berubah menjadi hitam keunguan apabila masak, telah menjadi popular di seluruh dunia sebagai bahan utama dalam salad dan sandwic. – Xinhua