Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina hapuskan hutang petani AS$1 bilion

    MANILA, 7 JULAI – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos hari ini menghapuskan hutang berkaitan tanah sebanyak AS$1.04 bilion yang terhutang oleh lebih setengah juta petani, satu langkah bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan.

    ‘Akta Pembebasan Agraria Baharu’ yang ditandatanganinya menjadi undang-undang menghapuskan semua hutang berkaitan harta yang terhutang oleh petani yang telah diberikan tanah dalam tempoh pembayaran 30 tahun di bawah program reformasi tanah 1988, tetapi gagal membayar.

    “Kami tahu petani tidak mampu membayar hutang yang besar ini. Jadi meletakkannya di bawah kerajaan adalah perkara yang betul untuk dilakukan,” kata Marcos pada majlis menandatangani perjanjian di istana presiden.

    Penghapusan pinjaman, yang dikeluarkan oleh bank kerajaan, bermakna “kami melakukan segala-galanya untuk memberi makan kepada rakyat kami”, tambahnya.

    Kongres meluluskan undang-undang baharu itu kerana hampir 1.2 juta hektar tanah ladang yang diagihkan semula tidak dibayar, dengan sumbangan sektor pertanian kepada pengeluaran ekonomi negara semakin berkurangan.

    Hapus kira itu akan memanfaatkan lebih daripada 610,000 penerima reformasi tanah tetapi akan menelan belanja kerajaan sebanyak 57.65 bilion peso (AS$1.04 bilion), menurut Marcos.

    “Kami perlu memulihkan semula sektor pertanian,” kata Marcos, yang juga Menteri Pertanian. – AFP

    Presiden Ferdinand Marcos Jr bercakap ketika beliau melawat pusat pemindahan di Guinobatan, wilayah Albay, timur laut Filipina pada 14 Jun 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda