Monday, November 25, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina ikrar tidak akan serah 1 inci pun wilayah

    MANILA, 20 NOV – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos menegaskan bahawa
    negaranya tidak akan menyerahkan meskipun ‘satu inci persegi wilayah kami’, ketika Manila berusaha untuk menentang ketegasan Beijing yang semakin meningkat di Laut China Selatan.

    Kenyataan itu dibuat pada forum di Hawaii kelmarin, dan dibuat beberapa hari selepas Marcos bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping di luar sidang kemuncak Asia Pasifik di San Francisco di mana kedua-duanya membincangkan pertikaian wilayah maritim negara mereka.

    Marcos berkata keadaan di Laut China Selatan telah menjadi ‘lebih teruk daripada sebelumnya’, memberi amaran bahawa tentera China telah ‘mula menunjukkan minat’ untuk membina pangkalan di terumbu karang yang ‘lebih dekat dengan pantai Filipina’.

    “Seperti yang saya katakan sebelum ini dan saya akan katakan sekali lagi, Filipina tidak akan menyerahkan satu inci persegi pun wilayah kami kepada mana-mana kuasa asing,” kata Marcos.

    “Kami akan bertegas untuk memelihara kedaulatan dan integriti negara sambil bekerjasama rapat dengan rakan kongsi antarabangsa.”

    Ketegangan berpanjangan antara Manila dan Beijing berhubung laut yang menjadi perebutan hangat telah memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini
    berikutan beberapa insiden yang melibatkan kapal Filipina dan China, termasuk dua perlanggaran. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda