Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Filipina, Indonesia bincang cabaran pemulihan pandemik

    BOGOR, INDONESIA, 5 SEPT – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr mengesahkan hubungan ekonomi dan keselamatan yang semakin erat dengan Indonesia, hari ini, semasa lawatan pertamanya ke luar negara sebagai presiden, sementara menyuarakan kebimbangan mengenai kesukaran berterusan yang dihadapi negara-negara Asia Tenggara selepas pandemik.

    Indonesia adalah ekonomi terbesar rantau ini dan secara tradisi menjadi destinasi diplomatik pertama bagi pemimpin-pemimpin baharu di negara anggota ASEAN.

    Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Iriana telah mengalu-alukan Marcos dan wanita pertama Filipina, Louise Araneta pada satu majlis di istana presiden di Bogor, di luar ibu kota, Jakarta.

    Pada satu sidang media bersama, Marcos berkata peningkatan jumlah perdagangan antara kedua buah negara telah menjadi keutamaan perbincangan mereka.

    Beliau berkata, perkongsian strategik antara Indonesia dan Filipina, dan juga bersama rakan kongsi, sekutu dan rakan-rakan di seluruh dunia, ‘akan menjadi kepentingan kritikal supaya kita kekal stabil ketika kita keluar daripada ekonomi pandemik’.

    Widodo berkata, kerajaannya telah mencadangkan untuk menggiatkan semula laluan feri menghubungkan bandar-bandar sempadan Bitung dan Davao serta membuka penerbangan
    langsung antara Manado, di timur Indonesia dan Davao, selatan Filipina, untuk merangsang perdagangan dan ekonomi kedua-dua buah negara. – AP

    Ferdinand Marcos Jr dan isteri bersama Joko Widodo dan isteri semasa pertemuan mereka di Istana Presiden di Bogor, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...