Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina, Indonesia perkukuh kerjasama iklim dan pertahanan

    MANILA, 24 APRIL – Filipina berusaha memperkukuh kerjasama dengan Indonesia dalam menangani perubahan iklim serta mempertingkat hubungan pertahanan, kata Setiausaha Pertahanan Gilberto Teodoro Jr. susulan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin.

    Pertemuan itu berlangsung di Mandaluyong City kelmarin, sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalan Sjamsoeddin ke rantau ini, menurut agensi berita Filipina (PNA).

    “Paling penting, memandangkan kita berdepan cabaran serupa dalam perubahan iklim, kita perlu mempertingkat usaha tindak balas bersama,” kata Teodoro dalam satu temu bual.

    Beliau memberi contoh penghantaran helikopter oleh Indonesia bagi membantu mangsa banjir di Wilayah Bicol tahun lepas sebagai bukti kerjasama yang telah terjalin.

    Teodoro turut menekankan kepentingan lawatan Sjamsoeddin, menyifatkan Indonesia sebagai antara sekutu paling rapat Filipina dalam ASEAN. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda