Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Filipina, Jepun hasrat meterai perjanjian pertahanan

    MANILA, 4 JULAI – Ketua Angkatan Tentera Filipina berkata beliau berharap perjanjian pertahanan penting dengan Jepun yang membolehkan penempatan tentera di wilayah masing-masing akan dimeterai pada mesyuarat keselamatan minggu depan.

    Menteri Pertahanan Jepun, Minoru Kihara dan Menteri Luar, Yoko Kamikawa, dijadual bertemu rakan sejawat mereka dari Filipina di Manila pada Isnin depan.

    Filipina dan Jepun – sekutu lama Amerika Syarikat – telah memperkukuhkan hubungan di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan China, yang terlibat dalam pertikaian wilayah maritim dengan kedua-dua negara.

    “Kami berharap dalam mesyuarat itu, RAA atau Perjanjian Akses Timbal Balik akan ditandatangani,” kata Ketua Tentera, Jeneral Romeo Brawner kepada pemberita.

    “RAA penting kerana ia membolehkan pasukan tentera Jepun datang ke negara kami untuk menjalankan latihan bersama. Ia juga membolehkan pasukan kami pergi ke Jepun untuk berlatih bersama mereka,” tambahnya.

    Filipina dan Jepun memulakan rundingan perjanjian itu pada November tahun lalu.

    Perjanjian itu akan mewujudkan asas undang-undang bagi kedua-dua negara untuk menghantar anggota pertahanan ke wilayah masing-masing bagi menjalani latihan dan operasi lain.

    Tokyo telah menandatangani perjanjian akses timbal balik serupa dengan Britain dan Australia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

    Brawner Jr ketika berucap semasa persidangan di ibu pejabat tentera Camp Aguinaldo di Quezon City, Filipina, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...