Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Filipina kesan 2 kes Omicron BA.5

    MANILA, 3 JUN – Filipina telah mengesan sub-varian Omicron BA.5 pada dua orang daripada keluarga sama di satu wilayah utara ibu negara, seorang pegawai dari Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina berkata hari ini.

    Setiausaha Rendah Kesihatan, Maria Rosario Vergeire berkata, BA.5 itu dikesan pada 15 Mei daripada sampel dua individu yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 dan menerima suntikan penggalak, di rantau tengah Luzon.

    “Kedua-duanya tidak diketahui terdedah di mana kerana mereka tidak mempunyai sejarah perjalanan,” beliau memberitahu satu taklimat media ringkas.  

    Vergeire berkata mereka dianggap ‘kes sederhana’ selepas mengalami demam selesema dan batuk, dengan kedua-duanya telah sembuh. Beliau menambah bahawa salah seorang kontak rapat, juga ahli keluarga, dalam pengasingan selepas diuji positif COVID. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...