Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina lancar eVisa untuk pelawat sementara dari China November ini

    MANILA, 15 OKT – Kedutaan Filipina di Beijing akan melancarkan visa elektronik (eVisa) bagi warga China bermula November 2025, menurut pengumuman kedutaan hari ini.

    Menurut kedutaan, warga China yang merancang melawat Filipina bagi tujuan pelancongan atau perniagaan selama maksimum 14 hari boleh memohon eVisa, tertakluk kepada ketibaan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino atau Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu.

    Duta Filipina, Jaime FlorCruz, berkata, “Kedutaan Filipina di Beijing dan Konsulat kami di Chongqing, Guangzhou, Hong Kong, Macau, Shanghai dan Xiamen akan mula mengeluarkan eVisa Filipina kepada pemohon yang layak yang menetap di China dan Wilayah Pentadbiran Khasnya.”

    FlorCruz menambah permohonan eVisa akan memudahkan lawatan sementara ke Filipina bagi warga China.

    “Pelaksanaan eVisa ini tiba pada masa yang sesuai. Di bawah kepimpinan Setiausaha Ma. Theresa Lazaro, Jabatan Luar Negeri telah mengadakan Mesyuarat Konsular Bersama dengan Kementerian Luar Negeri China pada Julai lalu,” tambahnya.

    Kedutaan turut memaklumkan web rasmi dan arahan permohonan eVisa akan diumumkan tidak lama lagi.

    Warga China yang ingin melawat lebih daripada 14 hari masih boleh memohon visa konvensional di Pusat Permohonan Visa terdekat.

    Pada awal September, Jabatan Pelancongan Filipina menekankan kelonggaran permohonan visa, termasuk pelaksanaan eVisa bagi pengunjung dari China.

    Data dari DOT menunjukkan China sentiasa menjadi antara penyumbang tertinggi pelawat ke Filipina sepanjang dekad lepas, kecuali 2022. – ANN/Philippine Daily Inquirer

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda