Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina lanjut tempoh tangguh bagi warga asing terjejas

    MANILA, 4 JAN – Warga asing yang terjejas akibat pembatalan penerbangan pada 1 Januari dibenarkan kekal di Filipina sehingga 12 Januari, Biro Imigresen Filipina menyatakan hari ini.

    Pesuruhjaya Imigresen Norman Tansingco berkata, warga asing diberikan tempoh tangguh ke atas visa dan sijil pelepasan imigresen bagi membolehkan mereka menempah semula penerbangan tanpa denda tambahan.

    Tansingco berkata, warga asing adalah antara beribu-ribu pengembara yang terkandas pada Hari Tahun Baharu disebabkan masalah trafik yang melumpuhkan operasi lapangan terbangan antarabangsa Manila dan beberapa lapangan terbang lain di negara itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda