Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina lapor 2,025 kes dalam sehari, lanjutkan sekatan

    MANILA, 29 SEPT – Jumlah kes COVID-19 disahkan di Filipina meningkat kepada 309,303 selepas Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan 2,025 kes hari ini. Menurut DOH, jumlah yang pulih juga bertambah kepada 252,930 selepas 290 lagi pesakit pulih, manakala 68 maut akibat virus yang membawa angka kematian di negara itu kepada 5,448 orang.

    COVID-19 kini sudah pun menular kesemua wilayah di Filipina selepas wilayah paling utara, Batanes melaporkan kes pertamanya hari ini semenjak pandemik itu muncul dalam Januari, menurut DOH.

    “Dengan laporan disahkan di Batanes, bermakna semua wilayah merekodkan atau mempunyai kes COVID-19,” kata DOH dalam satu kenyataan. Presiden Rodrigo Duterte kelmarin meluluskan rekomendasi pasukan khas koronavirus antara agensi untuk melanjutkan langkah-langkah kuarantin di Metro Manila sehingga 31 Oktober.

    Ia bermakna, perniagaan, termasuk kompleks membeli-belah dan pengangkutan awam hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti terhad.

    Filipina secara perlahan menghidupkan semula ekonominya yang lumpuh akibat enam bulan perintah berkurung, ketika cuba mengawal penularan virus.

    Beberapa kawasan pelancong akan dibuka kepada pelancong tempatan dalam masa beberapa hari akan datang atau minggu dalam usaha menghidupkan industri pelancongan. Boracay, sebuah pulau peranginan terkenal dunia di tengah Filipina, akan mula menerima pelancong tempatan bermula 1 Oktober. – Xinhua

    Orang ramai memakai peralatan perlindungan di dalam sebuah pusat pengasingan COVID-19 yang baru dirasmikan di Manila, 29 September. Kes melaporkan sejumlah 2,025 kes, membawa kepada pelanjutan langkah kuarantin di Metro Manila sehingga 31 Oktober. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda