MANILA, 1 OKT – Jumlah jangkitan kes koronavirus di Filipina meningkat kepada 314,079 selepas Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) melaporkan 2,415 kes baharu hari ini.
Menurut DOH, jumlah yang pulih juga meningkat kepada 254,223 selepas 771 lagi sembuh. Manakala 59 pesakit mati akibat penyakit berjangkit itu, membawa jumlah kematian kepada 5,562 orang.
Metro Manila mendahului kawasan di dalam negara itu yang mempunyai jumlah kes jangkitan harian tertinggi hari ini dengan 930 orang. Menurut DOH, lebih 3.52 juta orang di Filipina sudah pun diuji daripada 109 jura penduduknya. – Xinhua