MANILA, 10 JAN – Filipina hari ini melaporkan jumlah kes COVID-19 tinggi buat hari ketiga berturut-turut, merekodkan 33,169 kes.
Kadar positif atau peratusan orang yang diuji positif juga meningkat 46 peratus, satu lagi rekod tinggi sejak pandemik bermula dua tahun lalu.
Jumlah keseluruhan hari ini membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan kepada hampir tanda aras 3 juta pada 2,998,530 orang. Angka kematian pula pada 52,293 dengan 145 kematian baharu.
Pegawai mengatakan mereka menganggap jangkitan tempatan adalah daripada varian mudah menular, Omicron yang memacu lonjakan dalam kes-kes.
Beberapa pakar turut menyeru bagi sekatan diperketat lagi memandangkan peningkatan dalam kes dan operasi hospital terbeban dengan ramai petugas kesihatan turut dijangkiti.
Namun pegawai hari ini mengatakan belum ada keperluan untuk menaikkan amaran ke tahap empat daripada lima tahap sistem yang diguna pakai.
Metro Manila dan kawasan sekitar ibu negara serta beberapa lagi wilayah serta bandar di bawah Tahap Waspada 3 sehingga 15 Januari. Aktiviti dilarang termasuklah kelas-kelas bersemuka, nyanyian dan acara instrumen secara langsung, sukan kontak dan pameran. – AFP