MANILA, 23 APRIL – Filipina telah menganugerahkan 63 kontrak angin luar pesisir dengan jumlah kapasiti potensi 49.928 gigawatt, yang cukup untuk membekalkan permintaan elektrik masa depan negara, kata Jabatan Tenaga (JAS) hari ini.
Dilancarkan tahun lepas, Pelan Hala Tuju Angin Luar Pesisir Filipina mempamerkan potensi sumber angin luar pesisir negara itu, dianggarkan sebanyak 178 gigawatt.
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos menandatangani perintah eksekutif pada hari Rabu untuk mempercepatkan pembangunan sumber angin luar pesisir negara bagi memenuhi sasaran negara iaitu 35 peratus dan 50 peratus sumbangan tenaga boleh diperbaharui kepada campuran penjanaan tenaga masing-masing menjelang 2030 dan 2040.
JAS berkata langkah itu akan mempercepatkan pelancaran projek angin luar pesisir di negara ini dengan mewajibkan dasar dan rangka kerja pentadbiran untuk pembangunan optimum sumber angin luar pesisir.– Xinhua