MANILA, 25 Sept – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte terus menikmati kepercayaan kuat dan rating baik, menurut satu tinjauan bebas yang disiarkan hari ini.
Satu tinjauan yang dijalankan oleh Pulse Asia Inc. bermula 1 hingga 7 September, menunjukkan 75 peratus daripada 1,800 orang penduduk Filipina berusia 18 tahun dan ke atas gembira dengan cara Duterte mengendalikan negara itu.
Tinjauan itu seterusnya menunjukkan 72 peratus responden terus memberikan kepercayaan pada pemimpin berusia 73 tahun itu.
Pada peringkat kebangsaan, Pulse Asia berkata Duterte mengalami kemerosotan sebanyak 13 peratus berbanding 88 peratus yang diterimanya pada bulan Jun.
Jurucakap Duterte, Harry Roque berkata rating Duterte masih tinggi. “Kami mengambil kira keputusan tinjauan itu namun kami tidak terjejas olehnya,” katanya pada satu sidang media.
Duterte menyandang jawatan presiden pada bulan Jun 2016. Dia berikrar untuk memerangi rasuah dan meningkatkan undang-undang Filipina dalam memerangi jenayah dan pengganas. – Xinhua