Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina minta ICC tidak teruskan siasatan perang dadah

    MANILA, 8 SEPT – Filipina hari ini menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya tidak meneruskan siasatannya terhadap perang dadah bekas presiden Rodrigo Duterte, dengan menegaskan tribunal itu tidak mempunyai bidang kuasa.

    Rayuan itu dibuat pada tarikh akhir pendakwa raya ICC untuk Manila, Karim Khan menjawab permintaannya bagi memulakan semula siasatan terhadap kempen anti-narkotik yang membunuh ribuan orang.

    Duterte menarik Filipina keluar dari tribunal yang berpangkalan di Hague pada 2019 selepas ia memulakan siasatan awal terhadap tindakan keras itu. Penggantinya Presiden Ferdinand Marcos telah menolak untuk menyertai semula.

    Menurut kenyataan kerajaan, pembunuhan yang didakwa itu tidak sama dengan ‘jenayah terhadap kemanusiaan’ dan sedang dikendalikan oleh ‘agensi bersesuaian’ negara itu.

    Tahun lalu, ICC membenarkan siasatan penuh ke atas perang dadah itu, dengan mengatakan ia nampaknya serangan yang tidak sah dan sistematik terhadap orang awam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda