Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina pertahan kebebasan media selepas kemenangan Ressa

    MANILA, 11 OKT – Pembantu tertinggi Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini mengatakan kemenangan Hadiah Nobel Damai kepada wartawan dan pengkritik kerajaan, Maria Ressa membuktikan bahawa ‘kebebasan media masih hidup’ di negara itu.

    Ressa, pengasas bersama laman web berita Rappler dan jurnalis Rusia, Dmitry Muratov dianugerahkan Hadiah Nobel pada Jumaat lalu atas usaha mereka ‘melindungi kebebasan bersuara.’

    Sejak Duterte mengambil alih kuasa dalam 2016, Ressa dan Rappler sering berdepan siri dakwaan jenayah dan penyiasatan yang menurut penyokong media satu gangguan negara atas laporan mereka, termasuklah kempen perang dadah kerajaan.

    Duterte menggelar Rappler ‘outlet berita palsu,’ dan Ressa menjadi sasaran mesej kesat online.

    “Ia satu kemenangan buat seorang warga Filipina dan kami merasa gembira dengannya,” jurucakap Duterte, Harry Roque memberitahu taklimat media harian.

    “Kebebasan media masih hidup dan buktinya ialah anugerah Hadiah Nobel kepada Maria Ressa,” kata Roque, dalam komen awam pertama istana presiden terhadap anugerah itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda