Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Filipina promosi bahasa Cina di peringkat sekolah

    MANILA, 12 FEB – Bagi meningkatkan persaingan pekerja Filipina dalam pasaran buruh luar negara, penggubal undang-undang Filipina berusaha untuk mempromosikan bahasa Cina di semua peringkat sekolah.

    “Kami sudah mempunyai kelebihan dalam pasaran buruh asing kerana pekerja kami boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Kami sekarang perlu menggandakan kelebihan dengan menggalakkan lebih ramai warga Filipina untuk belajar bahasa Mandarin lebih awal,” kata Ketua Wakil Minoriti, Marcelino Libanan dalam satu kenyataan hari ini.

    Tambahnya, dengan mempelajari bahasa Cina, bahasa yang banyak digunakan secara meluas di seluruh dunia, akan membuka peluang baharu bagi warga Filipina yang ingin bekerja atau melancong ke China dan negara-negara yang menggunakan bahasa Cina seperti Singapura.
    Libanan menggesa sekolah-sekolah rendah dan tinggi untuk menggalakkan penubuhan kelab-kelab pelajar Mandarin.

    “Kami mempunyai ramai pelajar dari keluarga Filipina-Cina yang bercakap Mandarin. Ini akan membantu meningkatkan kelab-kelab Mandarin di sekolah mereka,” kata Libanan.

    Libanan juga menyeru universiti-universiti dan kolej untuk menawarkan kursus Mandarin sebagai sebahagian daripada program bahasa asing. – Xinhua

    Penggubal undang-undang Filipina berusaha untuk mempromosikan bahasa Cina di semua peringkat sekolah bagi meningkatkan persaingan pekerja Filipina dalam pasaran buruh luar negara. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...