Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Filipina rampas 1.8 tan dadah

    MANILA, 16 APRIL – Filipina telah merampas 1.8 tan dadah jenis methamphetamine kristal, kata Presiden Ferdinand Marcos hari ini, menyifatkan operasi itu sebagai rekod terbesar dan ‘pendekatan yang betul’ dalam perang dadah.

    Polis menemui dadah terlarang itu, dianggarkan bernilai lebih AS$230 juta semasa menggeledah sebuah van di wilayah Batangas, selatan Manila kelmarin. Pemandu itu telah ditahan.

    Marcos memeriksa rampasan dadah itu hari ini dan berkata ia adalah ‘penghantaran syabu terbesar yang pernah ditangkap’ di Filipina.

    Syabu ialah nama tempatan untuk meth kristal yang murah dan amat ketagihan. Tidak jelas sama ada ia adalah rekod untuk nilai atau kuantiti dadah.

    “Namun tiada seorang yang maut, tiada siapa yang mati, tiada tembak-menembak, tiada siapa yang cedera,” kata Marcos kepada pemberita.

    “Kami melakukan operasi dengan berhati-hati. Itu pendekatan yang betul, bagi saya, itu harus menjadi pendekatan dalam perang dadah.”

    Polis sedang mengesan sumber dadah, tetapi Marcos berkata ia bukan dibuat secara tempatan.

    Beribu-ribu orang terbunuh dalam operasi antidadah di bawah bekas presiden Filipina terdahulu, Rodrigo Duterte, yang mencetuskan siasatan antarabangsa dalam pencabulan hak asasi manusia.

    Perang dadah telah berterusan di bawah Marcos walaupun beliau lebih menekankan kepada pencegahan dan pemulihan. – AFP

    Ferdinand Marcos memeriksa sebahagian daripada 1.8 tan dadah methamphetamine yang dirampas di bandar Alitatag, Filipina pada 16 April 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...