Wednesday, July 3, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Filipina rekod 205 kematian akibat denggi hingga Jun

    MANILA, 1 JULAI – Filipina merekodkan 205 kematian akibat denggi dari 1 Januari hingga 15 Jun tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu hari ini, lapor Xinhua.

    Sepanjang tempoh itu, sebanyak 77,867 kes denggi direkodkan di seluruh negara, menyaksikan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

    Setiausaha Kesihatan, Teodoro Herbosa berkata bahawa masih belum terlambat untuk membuat perubahan.

    Beliau menggesa kerajaan tempatan untuk mengambil inisiatif memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

    Pada 29 Mei, biro cuaca mengumumkan permulaan musim hujan di Filipina. – Bernama

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kebakaran gas di lombong arang batu Australia berlarutan tiga hari

    SYDNEY, 3 JULAI – Sebuah lombong arang batu utama di Australia masih mengalami kebakaran gas bawah tanah yang telah berlarutan selama tiga hari selepas...