Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina: Risiko meningkat dengan persaingan China, AS

    MANILA, Filipina, 19 Feb – Risiko ‘salah anggap’ dan konflik bersenjata semakin meningkat dalam konflik Laut China Selatan dengan China yang memiliki ketenteraan lebih kuat kini mampu mencabar Amerika Syarikat (AS), yang pernah menjadi kuasa dominan di laluan air strategik itu, utusan FilIpina ke Beijing berkata hari ini.

    Duta Chito Sta. Romana berkata keseimbangan kuasa beralih dengan dua kuasa sejagat berusaha menguasai perairan itu, dengan menambah kata Filipina seharusnya tidak terperangkap dalam pertikaian maritim yang semakin tegang.

    China hampir-hampir menuntut keseluruhan Laut China Selatan, yang mana negara-negara seperti Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei juga menuntut sama dan ia telah membina tujuh terumbu yang kebanyakannya tenggelam menjadi pulau yang dilaporkan boleh digunakan sebagai pangkalan tentera laut dan telah memasang sistem pertahanan peluru berpandu.

    Tentera Laut AS telah melancarkan kapal perang pada operasi ‘kebebasan pengemudian’ berhampiran kepulauan tiruan, tindakan yang telah dibantah oleh China apabila campur tangan AS dalam konflik Asia.

    “Manakala sebelumnya Laut China Selatan pernah dikuasai oleh Armada ke-7 AS, kini tentera laut China mula mencabar penguasaan itu, Sto Romana memberitahu forum berita di Manila.

    “Saya berpendapat kita akan menyaksikan peralihan dalam keseimbangan kuasa.”

    “Laut China Selatan kini sebuah tasik China, itu bukannya satu perkara, tidak sama sekali,” Sto Romana berkata “Lihat pengangkut pesawat udara AS, ia masih melalui Laut China Selatan,” tambahnya lagi, dengan merujuk kepada USS Carl Vinson yang baru-baru ini meronda perairan yang dipertikaikan itu dan pada masa melawat Filipina.

    Dia membandingkan dua kuasa itu dengan gajah-gajah yang bergaduh dan memijak rumput dan dia berkata “Apa yang kita tidak mahu ialah kita menjadi rumput itu.”

    Dasar Presiden Filipina Rodrigo Duterte berbaik-baik dengan China telah berkesan, Sto Romana berkata, dengan merujuk kepada keputusan Beijing menarik balik sekatannya di Beting Second Thomas Filipina yang diduduki, yang mana ketenteraan Filipina kini boleh dengan bebas menghantar bekalan baharu kepada marin-marin Filipina yang mengawal kawasan yang dipertikaikan.

    China juga membenarkan nelayan-nelayan Filipina memasuki sebuah lagi kawasan yang dipertikaikan, Beting Scarborough, selepas Duterte melawat Beijing dan membangkitkan isu itu dengan Presiden China Xi Jinping. Xi dilaporkan memberitahu Duterte; “Beri saya masa tiga hari saya akan menguruskannya,” Sto Romana memetik Duterte sebagai berkata tentang pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China beberapa bulan selepas beliau memenangi pilihan raya presiden Filipina dalam tahun 2016.

    China menguasai terumbu karang yang tidak berpenghuni di perairan barat laut Filipina selepas pertikaian dalam tahun 2012. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda