MANILA, 29 MAC – Lebih 24 juta orang di hab ekonomi Filipina hari ini dikenakan perintah berkurung ketika pegawai memberi amaran sekatan sepanjang seminggu boleh dilanjutkan jika jangkitan koronavirus tidak berkurangan.
Orang ramai diarahkan duduk di rumah kecuali pekerja penting ketika Metro Manila – kawasan di ibu negara – dan empat lagi wilayah kejiranan bergelut untuk mengekang satu peningkatan yang membebankan hospital-hospital.
Hanya beberapa jam selepas dikenakan perintah berkurung terbaharu di kawasan itu – dikira sebagai separuh daripada kawasan kegiatan ekonomi negara, ketua epidemiologi jabatan kesihatan, Alethea de Guzman memberi amaran bahawa ia mungkin berlanjutan untuk memastikan pengurangan berpatutan.
“Semua pilihan terbuka,” kata Setiausaha Pertahanan DelfinLorenzana yang mempengerusikan pasukan tugasan khas COVID-19 kerajaan. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/03/PAGE-10-B_30032021.jpg)