MANILA, 27 FEB – Pengawal pantai Filipina hari ini mengatakan ia akan menyertai usaha mencari kapal nelayan berpendaftaran Taiwan yang membawa enam orang, kali terakhir dilihat seminggu lalu di pesisir pulau Palau, di Pasifik barat.
Pesawat Pengawal Pantai AS telah membantu menjalankan pencarian, bersama dengan kapal nelayan Taiwan lain, untuk mengesan Sheng Feng No. 128, yang kelihatan kali terakhir pada 17 Februari.
Ia membawa seorang nelayan Taiwan dan lima nelayan Indonesia di kedudukan 414 batu nautika di barat daya Palau, menurut pengawal pantai Filipina, memetik laporan dari Taiwan. – AFP