Saturday, October 12, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina tahan lelaki China terlibat dalam penipuan

    MANILA, 11 OKT – Seorang lelaki China yang didakwa menjalankan rangkaian aktiviti penipuan secara meluas di seluruh Filipina telah ditahan, kata pihak berkuasa di Manila, hari ini.

    Lin Xunhan ditahan di bandar Binan di selatan Manila kelmarin, berikutan tindakan keras kerajaan Filipina terhadap perniagaan dalam talian yang dituduh menipu pelanggan dan dikaitkan dengan jenayah lain termasuk penculikan, pelacuran, pemerdagangan manusia, penyeksaan dan pembunuhan.

    Lelaki berusia 33 tahun dari wilayah Fujian di China itu adalah figura yang membimbangkan dalam sindiket jenayah terancang di Filipina,” kata Suruhanjaya Presiden Anti Jenayah Terancang dalam satu kenyataan.

    “Sejak 2016, (Lin) secara sistematik membina rangkaian aktiviti penipuan, sering menggunakan perniagaan sah sebagai cara untuk mengaburkan aktiviti haramnya di negara ini,” katanya. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda