MANILA, 30 JULAI – Bekas ahli kongres Filipina dan ketua kultus keagamaan telah ditangkap hari ini berhubung pembunuhan isterinya dan amalan rasuah, kata polis, menamatkan pemburuan bertahun-tahun lamanya.
Ruben Ecleo, 60, merupakan ketua kumpulan digelar Philippine Benevolent Missionaries Association, ketika mayat isterinya ditemui dalam plastik tong sampah di dasar gaung tengah pulau Cebu pada 2002. – AFP