Sunday, May 4, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Filipina waspada letusan Taal

    MANILA, 1 JULAI – Agensi seismologi Filipina hari ini menyeru bagi pemindahan beribu-ribu orang berhampiran sebuah gunung berapi di selatan Manila selepas satu letusan mengakibatkan asap dan serpihan batu-batu bertebaran beberapa meter ke udara.

    Gunung berapi Taal yang terletak di tasik indah pemandangannya, mengeluarkan asap sulfur dioksida selama beberapa hari, menyelubungi sekitar ibu negara dan beberapa wilayah dengan jerebu dan mencetuskan amaran kesihatan. Letusan terakhir ialah pada Januari 2020 apabila ia mengeluarkan debu 15km tingginya dan memuntahkan lahar merah, memusnahkan sejumlah kediaman, mengorbankan ternakan dan menyebabkan 135,000 orang pindah ke kawasan perlindungan.

    Taal kembali aktif petang ini selepas ‘memuntahkan debu hitam phreatomagmatic yang singkat’ setinggi 1km ke udara, kata Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina dalam satu kenyataan. Agensi itu memberi amaran kemungkinan ‘letusan berterusan’ ketika ia menaikkan tahap waspada daripada dua kepada tiga serta merekomenkan pemindahan bandar-bandar berhampiran. – AFP

    Imej dari video dikeluarkan Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menunjukkan debu panas tebal dari Gunung Berapi Taal di wilayah Batangsa, Filipina, 1 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda